Ok, sambung cerita kat Langkawi pulak. Punya lah lama tinggal, sampai nak berkulat dah pun. Heheh. Maaf yer..
Lepas berborong sakan di Nusantara Maju Gamat, kami meneruskan perjalanan ke Langkawi Bird Paradise @ Langkawi Wildlife Park.. Jalan nak ke Bird Paradise dari Nusantara Maju agak jauh jugak, lebih kurang dalam 30 ke 40 minit. Harus melalui jalan berbukit dan on the way ke Bird Paradise, kita akan jumpa Geleri Perdana dan Air Hangat Village. Niat hati memang nak singgah sekejap di Geleri Perdana, tapi masa sangat mencemburui kita, aisehhh.. :-)))
Sampai je Bird Paradise, kitaorang semua macam 'wahhhh..!', tempat ni sangat besar tapi parking area sangat terhad. Samaada saya yang salah tengok atau mungkin mereka ada menyediakan tempat letak kereta di sebelah belakang bangunan saya pun tak pasti, tapi di bahagian pintu masuk memang penuh. Kitaorang pun hampir tak dapat parking.
Ok, tiket masuk ke sini RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Warga emas dan yang bukan warganegara Malaysia harga tiket juga adalah berlainan. Dan yang bestnya, disini ada menyediakan kemudahan kerusi roda, dan ianya percuma. Seronok lah ayah boleh join kitaorang jalan-jalan kat dalam. Heee~
Walaupun nama tempat ni Bird Paradise, tapi bukan cuma burung saja tau, banyak lagi haiwan lain yang ada kat sini. Jom tengok gambar!
Binatang kecik-kecik ni ada je kat luar, diaorang pamerkan kat area pintu masuk. Ini arnab ye.. Hehe..
Lupa pulak nama menatang nih. Bunyi dia agak sempoi, pertama kali terkejut gak dengar sebab tak padan dengan badan yang kecik tu. :-)))
Ini anak landak.
Pelbagai jenis telur, dari yang kecik sampailah yang besar.
Ini burung Nuri.
Korang boleh bagi makan kat haiwan-haiwan yang ada disini. Tapi sebelum bagi makan, korang kena baca dulu penerangkan tentang jenis makanan yang patut korang bagi. Kang tersalah bagi makan kang, tercekik pulak, naya je.. Hiks..
Burung Nuri tengah makan jagung, comel kan? Hehe.. Oh ya, actually masa korang sampai kat tempat burung Nuri ni, ada satu stall kecik tempat diaorang jual makanan untuk haiwan-haiwan ni. Diaorang jual per bungkus, dalam bungkusan tu ada kuaci, jagung, carrot, palet dan macam-macam lah. Sebungkus kalau tak salah RM5, saya pun tak berapa nak ingat.
Ini bangau ye adik-adik.
Cantik kan itik ni?
Education Corner. Bird Paradise ni sangat sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Bukan cuma tempat untuk bersuka-suki tapi juga tempat untuk anak-anak kita belajar. Sangat bagus!
Pelbagai jenis burung, semuanya cantik-cantik.
Mungkin ini dari spesis burung Bakawali kot. Warna yang sangat menarik!
Langkawi kalau takda burung helang memang bukan langkawi lah namanya kan?
Kat Aviary ni korang boleh tengok haiwan-haiwan ni dengan lebih dekat, sebab mereka bebas berterbangan dan berjalan kesana-sini. Hati-hati, nanti ada yang hinggap dikepala.
Heheh.. *just kidding*
Si Kancil! Comelnyaaa..
Sebenarnya saya tak pernah tengok kancil yang real, ini first time. Haha..
*pengakuan jujur ni*
Swan.. Teringat cerita Walt Disney zaman kanak-kanak dulu, "Ugly Duckling"..
Ini di Geleri Mutiara dan Batu Semulajadi.
Cantik kan batu-batu ni? Hmm, harga dia pun cantik jugak.
Dah macam kat Petrosains dah, belajar pasal planet. Hehe.. Tapi ni bukan Marikh atau Pluto ye, ini batuan semulajadi.
Kalau berani, boleh je pegang ular daun tu.
Merak Putih, tak sempat nak snap gambar dia tengah kembangkan ekor tu. Terkesima dengan kecantikannya sampai lupa nak amik gambar.
Erkk.. Sorry, taktau nama burung ni apa.
Mungkin ini spesis bangau kot. Kalau korang nak tau, actually benda ni tersangatlah besar, dan hairannya lagi, boleh pulak dia terbang dan duduk atas pokok betul-betul atas kepala kitaorang. Dan pokok tu sangat tinggi ok, ini berapa kali zoom dah ni.
Itik lagi.
Dan lagi.
Cik Merak.
Ini anak burung unta.
Burung unta ni jinak tau, macam tau-tau je kita nak bagi dia makan.
Maybe ni mak kepada anak unta tadi. Heheh.
Ayam Belanda.
Rusa yang comel.
Adik saya cakap kalau yang ada tanduk tu rusa jantan. Ye ke?
Ok, ini spesis ikan kelisa. The truth is, ikan ni sangat panjang dan besar. Dah macam giant fish dah, serius tak pernah tengok ikan kelisa besar camnih. Jalan kat tepi kolam ni pun slow je, takut terjatuh kang, tak pasal.
Ikan Koi.
Gemuk-gemuk ikan dia, banyak pulak tu.
Alololo.. Comelnya rabbit nih.
Merak lagi.
Kedai souvenir yang ada kat dalam Bird Paradise. Harga kat sini boleh tahan murah jugak.
Antara FM yang dijual.
Actually kat dalam ni ada banyak note yang lucu dan kelakar. Sempat snap yang kat bawah ni je.
Hati-hati ye, putus jari tak boleh claim tau. Hiks!
Hahaha.. Kesian Encik Lipas tu. Ingat, merokok bukan sahaja membahayakan nyawa anda, tetapi juga lipas.
Hmm.. Jangan sekali-kali buat kerja ni ok. Bersikap prihatin dan sayangilah mereka. :-)))
Overall, Bird Paradise @ Langkawi Wildlife Park ni sangat berbaloi untuk dilawati. Sangat berinfomatif dan sesuai untuk semua peringkat umur. Must visit!
Opening Hours:
Daily 8.30am - 7.00pm.
Last entry is at 6.00pm.
Check out their website below for more info
http://www.langkawiwildlifepark.com/