Thursday, September 11, 2014

Langkawi Trip 4 - Taman Buaya (Crocodile Farm)

Assalamualaikum..

Anyong...! Hahah.. Ni dok mai musim Korea dah.. Sebab apa?? Sebab beberapa hari ni dok mengulang movie Korea yang dah berhabuk kat dalam laptop tu. :-)))

Ok, sambung cerita hari tu pulak.

Lepas selesai tawaf Kota Mahsuri, kami laju je bergerak ke Taman Buaya. Bab ni memang menjadi keterujaan budak-budak tu sebabnya dari kat Penang dok ajak pi Taman Buaya, selagi tak masuk kandang buaya tu selagi tu lah dok repeat. Sabar je lah.

Dari Kota Mahsuri ke Taman Buaya lebih kurang 20 minit jugak la, ikut jalan bukit. Tapi rasanya jalan kat Langkawi ni memang banyak bukit. Cuma kat kawasan Kuah tu je yang agak bandar sikit. Taman Buaya ni tidak menyediakan kemudahan kerusi roda, so terpaksalah ayah saya tunggu kat luar. Dia redho biarkan anak-anaknya pergi bersuka-suki kat dalam tu. Alahaii, sian ayah.. Sebenarnya ada kedai makan kat dalam kawasan Taman Buaya tu, jadi ayah cakap dia akan tunggu kami kat kedai makan tu je ngan mama, sambil-sambil tu boleh la jamah apa yang patut, lagipun dah tengah hari kan. Udah ler pagi tadi makan roti je.. Heheh..

Tiket masuk untuk dewasa RM15, dan kanak-kanak bawah 12 tahun pulak RM10. Kalau bawa kamera kena charge RM1. Alaaa, boleh je kalau nak simpan kamera dalam beg, dah masuk dalam baru keluarkan, bukannya diaorang tau pun. Masuk je pagar, staff-staff kat situ akan minta korang berposing dengan replika buaya yang diaorang dah sediakan. Lepas tu, kecek! (amik gambar) dan gambar korang akan diprintkan serta merta dan dijual pada harga RM25 sekeping (takdela sekeping sebab diaorang siap frame lagi tau). Lepas tu terpulang la pada korang nak beli ke tak. Saya? Saya beli, sebab gambar tu nampak cantik sangat. :-)))

Ok, Taman Buaya ni ada banyak section dan kolam. Masuk je dalam ni korang akan nampak beberapa section yang dibahagikan mengikut umur buaya. Dari beberapa bulan, sampailah beberapa tahun (sorry, tak ingat umur-umur buaya ni). Ada satu kolam yang menempatkan anak-anak buaya. Haaa, yang ni korang boleh bagi makan, tapi pellet kena beli kat luar masa korang bayar tiket, RM5 sebungkus.


Crocodile Adventureland


Abam boya, tengok cara dia sengih, macho la tu kunun..


Buaya dibahagikan mengikut umur dan spesis.


Wohooo.. Nganga besar-besar, kang masuk lalat kang..


Buaya ni lucu sikit, badan besar tapi kepala dia pendek je. Spesis apa ntah, tak ingat pulak.


No Tail Porosus.


The Hunchback. Nampak tak bonggol kat belakang dia tu?


Sila-sila.. Anak-anak buaya tu sabar menanti..


Anak buaya ni la yang korang boleh bagi makan tu.


Kolam untuk buaya bercengkarama.


Ini tempat buaya mengawan. Time kami kat situ, ada sekor buaya ni keluarkan bunyi yang agak-agak seram gitu.. Mungkin dia nak menarik perhatian partner dia kot, tapi serious seram. Takut nak dekat dengan pagar tu.


Warning! Jaga tangan tu baik-baik tau.


Bersantai dibawah sinaran matahari.


Nak pegi kiri? Kanan?.. Show Pond tu dalam pukul 11.30am dan 2.45pm.


Buaya ni yang paling besar kat sini.


Seram tengok yang ni. Tapi pelik la, kenapa buaya suka nganga ha?


Haaa.. Ini penyamaran terhebat, nampak tak yang dok bersembunyi kat lumut tu?


Sapa tau ni bunga apa.. Macam spesis yang makan serangga tu pun ada jugak.


Abam boya ni nama dia Night Shadow. Mengikut kata penerangan yang tertampal kat pagar kolam ni, Night Shadow adalah adik tiri kepada arwah Bujang Kawi. Ayah mereka sama, mak je lain-lain. Mak Night Shadow ni dari Thailand. Sawadikaa..!


Semuanya tengah tunggu giliran untuk disuap, it's feeding timeee...


Eh, eh.. Cik boya nak bergusti la pulak.

Ada macam-macam spesis buaya kat sini, nama pun kemain pelik lagi. Yang comel, yang garang, yang takda ekor, yang takda gigi, yang berbongkok, pokoknya semua ado..

Kami sempat mengejar waktu untuk tengok pekerja kat situ bagi makan buaya-buaya ni. Feeding time pukul 2.00pm dan 4.30pm kalau tak salah. TAPI, siapa yang lemah semangat tu baik la tak payah pegi. Sebabnya korang kena jalan ikut jambatan yang dibawahnya terdapat kolam buaya-buaya tu, Bridge Pond nama tempat ni. Bukan sekor dua ekor hokayy.. Banyak kot buaya yang berendam kat situ, beratus jugak la rasanya. Tambah-tambah jambatan tu jambatan kayu, bergoyang-goyang pulak tu, heyyy.. Maunya reban, gigih la korang menepis serangan buaya-buaya tu (kalau sempat la). Ishhh.. Mengarut!

Ada kedai cenderamata kat sini, FM, keychain, boneka, t-shirt, barang perhiasan, semua bertemakan buaya.. Ada juga diaorang jual crocodile fresh meat kat sini, sekilo RM38.80.. Banyak bangsa cina yang beli, diaorang cakap baik untuk kesihatan.

Info Taman Buaya
Waktu Operasi: Setiap hari jam 9am-6pm
Telefon No.: +604-9592559

1 comment:

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160000 women and men are utilizing a easy and SECRET "liquids hack" to lose 2 lbs each and every night while they sleep.

    It's very simple and it works all the time.

    Here's how to do it yourself:

    1) Take a clear glass and fill it up half the way

    2) And then do this awesome hack

    and you'll become 2 lbs lighter the very next day!

    ReplyDelete