Ok, ok.. Lama gila tak update kan, entry trip ke Langkawi tu pun belum siap-siap lagi.. Penyakit malas kambuh (datang balik).. Hehehe..
Pasal tajuk entry hari ni, korang semua dah tau ke Black Friday tu apa? Ke saya sorang je yang masih duduk dalam tempurung? :-)))
Actually saya baru je realize benda ni pagi tadi, itupun sebab email penuh dengan promotion sempena Black Friday. Agak terbengong la sikit waktu tu kan, i was like, "Apa benda Black Friday ni??".. Maka dengan pantas saya pun google..
Nampak tak tu? Semua pakat buat special deal sempena Black Friday.
Rupa-rupanya Black Friday tu adalah nama atau term yang orang-orang Mat Salleh ni pakai sempena menyambut hari membeli belah yang mana ianya jatuh sehari selepas Hari Kesyukuran (Thanksgiving). Which means, Thanksgiving disambut pada bulan November hari khamis yang keempat, dan Black Friday ni on the next day, iaitu hari Jumaat. Faham? Heheh..
Ok, pada asalnya ia digelar Black Friday kerana keadaan kacau bilau yang sering terjadi bila tiba hari membeli belah (sehari selepas Thanksgiving). Hari itu adalah hari dimana orang ramai berpusu-pusu mengejarkan diskaun kebaboom yang ditawarkan oleh kebanyakkan supermarket, walmart dan berbagai jenis kedai yang sewaktu dengannya. Keadaan yang crowded inilah yang menyebabkan berlakunya hal-hal seperti traffic jams, accidents, violence, gaduh sana, gaduh sini. Ada tu yang sampai melibatkan kejadiaan tembak menembak.. Haihhh.. Rakus betul cara diaorang ni bersoping kan? Hmm..
Kiranya "Black Friday" ni macam satu phrase untuk describe tentang kekacauan yang berlaku akibat kesesakan manusia dan lalu lintas terutama dikawasan bandar,
Even last year pun masih ada kes dimana polis terpaksa menembak seorang shoplifter yang cuba melarikan diri. Sekarang, nama "Black Friday" ni diaorang cuba gunakan untuk something yang positive. Bagi para peniaga, Friday after Thanksgiving is a very profitable day. Diaorang pakai nama tu untuk menggambarkan kejayaan diaorang dalam perniagaan. So, hopefully it will getting better lah kan.. Hmm, macam-macam dunia ni..