Sunday, September 7, 2014

Langkawi Trip 2 - Accommodation (Teratak Laman Bonda)

Assalamualaikum..

Haihhh.. Entah kenapa, makin lama makin baloq (malas) pulak nak update blog nih.. Mungkin kerana tahap ke'busy'an yang melampau-lampau agaknya.. Oklah, hari ni nak sambung entry yang lepas.. Fighting! :-)))

Once dapat kereta, keluar dari airport dan kami terus je cari petrol station. Yela, dah mentioned kan sebelum ni yang minyak kereta tu memang dah betul-betul berada di tahap paling kritikal dah, kalau tak isi, mau tak pasal kena tolak ramai-ramai.. Jenuh..

Settle semua tu, baru kami teruskan perjalanan ke Teratak Laman Bonda, tempat penginapan kami selama kat Langkawi. Homestay ni terletak di Kg Bukit Kemboja, dari airport ke tempat ni dekat je, lebih kurang dalam 10 minit. Nak cari pun senang, keluar dari airport, belok kanan lepas tu terus je sampai korang nampak masjid, lepas masjid tu belok kiri. Korang akan masuk jalan kampung, lurus je, boleh nampak signboard homestay tu kat sebelah kanan jalan, signboard tu memang besar, jangan risau.


Ni signboard Teratak Laman Bonda, besar dan jelas kan? Hehehe..

Homestay Teratak Laman Bonda ni ada 2 tempat, satu di Kg. Bukit Kemboja (dekat dengan airport) dan satu lagi di Taman Sentosa (dekat dengan Pekan Kuah) kalau tak salah. So boleh lah pilih yang mana satu, ikut kesesuaian masing-masing.

Oh ya, homestay ni cuma untuk orang muslim sahaja and it's very recommended to those yang datang dengan family. Sebab homestay ni ada banyak kemudahan dan harganya pun sangat berbaloi-baloi. Terasa seperti dirumah sendiri. Cewahhh..


Ayah bersembang-sembang dengan Pakcik Arif, tuan punya homestay.


Keadaan ruang tamu, agak lapang dan selesa.


Sedikit info untuk tetamu.


TV tu ada Astro okay, takde la boring sangat kan.


Kat Kg. Bukit Kemboja ni ada 2 biji rumah, sebelah-sebelah. Kami duduk rumah yang no. 2.


See.. Rumah ni memang complete. Ada peti sejuk, seterika, meja makan, blander pun ada. Dalam peti sejuk tu ada kicap, mineral water dan.. Hmmm.. Tak ingat la. Pokoknya macam-macam ado.. Heheh..


Ada 3 bilik, ketiga-tiga bilik ada kipas dan master bedroom ada add on aircond.. Semua memang berebut nak duduk dalam bilik aircond tu.. Oh ya, bilik air ada 2, satu kat dapur dan satu lagi attached dengan master bedroom.


Ada disediakan sejadah dan telekung. Dan dont worry, untuk yang bawa budak kecik tu, kat sini ada disediakan buaian untuk baby tidur.


Sebahagian peralatan untuk memasak.


Tengok tu, ada minyak, beras, bawang, garam, gula, asam jawa, sudip, sudu garpu, pinggan, mangkuk, kuali semua ada. Sempoi kan? 


Semua peralatan dan bahan selamat digunakan tanpa was-was.


Bersih.


Dapur.. Ada periuk nasi dan cerek air.


Bahagian luar rumah. Warna cat homestay ni memang ceria-ceria belaka. Luar dalam semuanya menggunakan warna-warna pastel dan terang. I likeee..


Kawasan rumah.


Untuk sesiapa yang plan nak buat barbeku, jangan risau. Semuanya disediakan, arang pun ada okay.


Mesin basuh, dengan keadaan cuaca kat sini baju memang senang kering. Paham kan? :-))

Sebenarnya pihak homestay ni ada pakej sekali dengan MPV (Toyota Avanza), tapi memandangkan kami dah bayar deposit ke Anox Travel, jadi terpaksalah kami ambil homestay sahaja. Untuk pengetahuan korang, kalau ambil pakej (homestay + MPV), pakcik Arif (owner homestay) boleh bagi diskaun dan harganya pun sangat berpatutan.

Tempat ni overall ok. Cuma satu je, susah sikit nak cari gerai makan atau kedai runcit. Ada satu kedai runcit depan sikit daripada homestay ni, walking distance je. Tapi lebih baik think twice kalau nak beli kat situ, sebab harga mahal, takda tanda harga and some of the things kat situ dah expired. Ini keadaan untuk bulan Feb 2014, sekarang ni saya tak pasti la kedai tu dah ok ke belum. Better korang check dulu yer.


Kawasan sekitar kedai.


Keadaan dalam kedai, ada sayur, ikan, ayam semua ada.

Untuk harga homestay ni, saya tak berapa nak ingat la. Yang saya ingat saya bayar deposit RM100, sampai sana baru bayar yang bakinya. Kalau tak salah RM200 semalam or maybe less than that. Actually the exact price is RM250/night (update on Dec 09th, 2015, selepas membelek travel diary 2014 yang dah berhabuk). Maaf eh, betul-betul tak ingat ni, maklumlah cerita dah basi dah pun. Aduh.. Teruk betul.

Teratak Laman Bonda Contact Details
Facebook: https://www.facebook.com/arifhomestay.langkawi
H/P No.: 013-4644801

4 comments:

  1. Tq utk info. Nak pegi esok baru hari ni google. Entry ni pun dah setahun lebih. Hehehe... Ambik pakej 3hari dua mlm rm700(homestay+avanza). Ni harga cuti sekolah hujung tahun. Kalau masa lain tak pasti sama harga atau lebih murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading. :) Actually setelah membelek-belek travel diary 2014 saya yang dah berhabuk tu, baru perasan total yang saya bayar untuk 4 malam di sini ialah RM1000. Means, 1 malam RM250. Saya rasa harga pakej yang awak bayar during peak season tu kira berbaloi jugak la. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Are you looking for free Instagram Likes?
    Did you know you can get these AUTOMATICALLY & ABSOLUTELY FOR FREE by using Like 4 Like?

    ReplyDelete