Saturday, April 23, 2011

Kenapa Langit Berwarna Biru?

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Diantara debu rindu
Kita Berdua....

Heheh.. Ewah, boleh berdangdut pulak tengah hari buta ni kan. Kalau petang ni dapat duduk kat Padang Kota Lama mengadap laut sambil makan rojak buah memang sedap! Wah.. Memang menyenangkan dan mendamaikan bila teringat suasana yang macam tu. Dengan lautnya yang bergelombang, ditambah pula dengan pemandangan bukit bukau yang menghijau, kapal dan sampan yang lalu lalang, apalagi harinya cerah menampakkan hamparan langit yang kebiru-biruan. Adeh...

Oh, sebut pasal langit biru. Aku nak tanya sikit ni, ada siapa-siapa kat sini yang tau kenapa langit warnanya biru? Kalau ada, bagus! Kalau takda, dengar ni, aku nak explain. Heheh..

Mesti ada antara korang yang jawab langit biru sebab lantunan dari warna air laut kan? Tahniah, anda salah! Hoho.. Memang betul 70% daripada permukaan bumi ni adalah laut, tapi bukan berarti langit biru sebab laut. No, no, no..

Ok, firstly, cahaya yang kita terima pada siang hari kat bumi ni ialah daripada cahaya matahari. Cahaya matahari ni warnanya putih. Jika kita uraikan, cahaya putih ini menggunakan prisma sekaligus menghasilkan warna pelangi dan ini jelas menunjukkan cahaya matahari tersusun dari warna-warna.

Sebelum cahaya putih matahari mencapai permukaan bumi, ia terlebih dahulu harus berhadapan dengan partikel-partikel yang menyusun atmosfera bumi. Melalui atmosfera bumi cahaya biru akan dihamburkan ke semua arah. Kenapa biru? Ok, sebenarnya warna lain pun mengalami proses penghamburan ni, namun hamburannya lebih sedikit sehingga penumpuannya dikalahkan oleh hamburan cahaya biru. Finally, hamburan cahaya biru inilah yang kita amati sebagai langit yang bewarna biru.



*Hamburan cahaya juga dikenali sebagai hamburan Rayleigh

 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment