Sunday, September 14, 2014

Langkawi Trip 5 - Nusantara Maju Gamat

Assalamualaikum..

Weekend ni macam biasa, duduk rumah menghabiskan waktu tengok TV. Boleh macam tu?? Haihhh.. Bosannya hidup.. (Sabar, nanti kita jalan-jalan tau..) *pujuk diri sendiri*

Ok, sambung cerita Langkawi hari tu. Lepas dari Taman Buaya, kami terus balik homestay. Dalam perjalanan balik kami singgah kejap di pekan kuah, beli bahan-bahan nak masak untuk makan malam. Trip kali ni kami banyak masak sendiri daripada makan luar, hemat katanya.. Ekekekeke...


Tadaaaa.. Sup fishball! Inilah dinner kami hari tu, makan dengan nasi panas-panas, sedap sehingga menghirup mangkuk.. Yummeh!

Malam tu budak-budak pakat tidur awal, penat kot. Saya, adik ngan mama je dok melek lagi. Mama ngan adik layan TV, saya pulak dok belek peta. Dekat-dekat 2 pagi jugak la kami tidur.

Pagi esoknya lepas breakfast, kami gerak ke Nusantara Maju Gamat, tempat famous nak borong minyak gamat. Kalau nak tau, mereka ini ialah pengilang, pengedar dan penjual pelbagai jenis produk yang berasaskan gamat. Nak cari tempat ni senang je sebab dia betul-betul tepi highway, dan sepanjang highway tu memang iklan dia saja yang terpampang.

Ok, sedikit info tentang gamat. Gamat atau Timun Laut ini adalah satu spesis haiwan laut yang sering dijadikan bahan dan sumber untuk produk-produk kecantikan dan kesihatan. Khasiatnya sangat popular sejak dizaman nenek moyang kita dahulu, antaranya ialah untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut sakit sendi dan otot malah berkesan untuk gigitan serangga dan bengkak.

Dah, dah.. Layan gambar dulu..


Replika botol minyak gamat yang popular kat Langkawi.


Buluh tumpat.. Hmm.. Teringat cerita P. Ramlee, Laksamana Do Re Mi..


Beraneka produk berasaskan gamat.


Tools untuk mengurut kalau tak salah.


Minyak panas ni kalau sapu time sejuk-sejuk tu memang sedap kan.


Pelbagai bam dan sabun, murah-murah.


Minyak Jarum Emas, panas nih. Sesuai untuk yang sering sengal-sengal badan. Boleh try yang losyen panas tu, terbaikkk..


Ini dia, minyat gamat! 12 botol RM10.. Untuk merawat kembung perut, luka ringan, melecur dan lain-lain.


Madu lebah asli pun ada dijual disini.


Jom borong!


Air gamat, air tonik untuk segarkan badan.


Losyen belut???


Air Tongkat Ali, freeeee.. Tapi kanak-kanak tak boleh minum eh.


Pelbagai akar kayu, ramuan yang digunakan untuk menghasilkan produk.


Ibu gamat yang telah dikeringkan.


Tempat memasak minyak gamat, kat sini kita boleh tengok proses memasak minyak gamat.


Not allow to enter, boleh tengok dari luar je.


Panas kat sini, haba dari minyak panas tu.


Minyak gamat yang sedang menggelegak.


Bermacam jenis gamat.


Tag line Nusantara Gamat.


Abang macho sedang mengacau minyak gamat.. Comel gak abe langkawi nih.. Ekekekeke..

Alamat:
Nusantara Maju Enterprise
Kampung Bayas Jalan Padang Matsirat
07000 Langkawi, Malaysia.

Thursday, September 11, 2014

Langkawi Trip 4 - Taman Buaya (Crocodile Farm)

Assalamualaikum..

Anyong...! Hahah.. Ni dok mai musim Korea dah.. Sebab apa?? Sebab beberapa hari ni dok mengulang movie Korea yang dah berhabuk kat dalam laptop tu. :-)))

Ok, sambung cerita hari tu pulak.

Lepas selesai tawaf Kota Mahsuri, kami laju je bergerak ke Taman Buaya. Bab ni memang menjadi keterujaan budak-budak tu sebabnya dari kat Penang dok ajak pi Taman Buaya, selagi tak masuk kandang buaya tu selagi tu lah dok repeat. Sabar je lah.

Dari Kota Mahsuri ke Taman Buaya lebih kurang 20 minit jugak la, ikut jalan bukit. Tapi rasanya jalan kat Langkawi ni memang banyak bukit. Cuma kat kawasan Kuah tu je yang agak bandar sikit. Taman Buaya ni tidak menyediakan kemudahan kerusi roda, so terpaksalah ayah saya tunggu kat luar. Dia redho biarkan anak-anaknya pergi bersuka-suki kat dalam tu. Alahaii, sian ayah.. Sebenarnya ada kedai makan kat dalam kawasan Taman Buaya tu, jadi ayah cakap dia akan tunggu kami kat kedai makan tu je ngan mama, sambil-sambil tu boleh la jamah apa yang patut, lagipun dah tengah hari kan. Udah ler pagi tadi makan roti je.. Heheh..

Tiket masuk untuk dewasa RM15, dan kanak-kanak bawah 12 tahun pulak RM10. Kalau bawa kamera kena charge RM1. Alaaa, boleh je kalau nak simpan kamera dalam beg, dah masuk dalam baru keluarkan, bukannya diaorang tau pun. Masuk je pagar, staff-staff kat situ akan minta korang berposing dengan replika buaya yang diaorang dah sediakan. Lepas tu, kecek! (amik gambar) dan gambar korang akan diprintkan serta merta dan dijual pada harga RM25 sekeping (takdela sekeping sebab diaorang siap frame lagi tau). Lepas tu terpulang la pada korang nak beli ke tak. Saya? Saya beli, sebab gambar tu nampak cantik sangat. :-)))

Ok, Taman Buaya ni ada banyak section dan kolam. Masuk je dalam ni korang akan nampak beberapa section yang dibahagikan mengikut umur buaya. Dari beberapa bulan, sampailah beberapa tahun (sorry, tak ingat umur-umur buaya ni). Ada satu kolam yang menempatkan anak-anak buaya. Haaa, yang ni korang boleh bagi makan, tapi pellet kena beli kat luar masa korang bayar tiket, RM5 sebungkus.


Crocodile Adventureland


Abam boya, tengok cara dia sengih, macho la tu kunun..


Buaya dibahagikan mengikut umur dan spesis.


Wohooo.. Nganga besar-besar, kang masuk lalat kang..


Buaya ni lucu sikit, badan besar tapi kepala dia pendek je. Spesis apa ntah, tak ingat pulak.


No Tail Porosus.


The Hunchback. Nampak tak bonggol kat belakang dia tu?


Sila-sila.. Anak-anak buaya tu sabar menanti..


Anak buaya ni la yang korang boleh bagi makan tu.


Kolam untuk buaya bercengkarama.


Ini tempat buaya mengawan. Time kami kat situ, ada sekor buaya ni keluarkan bunyi yang agak-agak seram gitu.. Mungkin dia nak menarik perhatian partner dia kot, tapi serious seram. Takut nak dekat dengan pagar tu.


Warning! Jaga tangan tu baik-baik tau.


Bersantai dibawah sinaran matahari.


Nak pegi kiri? Kanan?.. Show Pond tu dalam pukul 11.30am dan 2.45pm.


Buaya ni yang paling besar kat sini.


Seram tengok yang ni. Tapi pelik la, kenapa buaya suka nganga ha?


Haaa.. Ini penyamaran terhebat, nampak tak yang dok bersembunyi kat lumut tu?


Sapa tau ni bunga apa.. Macam spesis yang makan serangga tu pun ada jugak.


Abam boya ni nama dia Night Shadow. Mengikut kata penerangan yang tertampal kat pagar kolam ni, Night Shadow adalah adik tiri kepada arwah Bujang Kawi. Ayah mereka sama, mak je lain-lain. Mak Night Shadow ni dari Thailand. Sawadikaa..!


Semuanya tengah tunggu giliran untuk disuap, it's feeding timeee...


Eh, eh.. Cik boya nak bergusti la pulak.

Ada macam-macam spesis buaya kat sini, nama pun kemain pelik lagi. Yang comel, yang garang, yang takda ekor, yang takda gigi, yang berbongkok, pokoknya semua ado..

Kami sempat mengejar waktu untuk tengok pekerja kat situ bagi makan buaya-buaya ni. Feeding time pukul 2.00pm dan 4.30pm kalau tak salah. TAPI, siapa yang lemah semangat tu baik la tak payah pegi. Sebabnya korang kena jalan ikut jambatan yang dibawahnya terdapat kolam buaya-buaya tu, Bridge Pond nama tempat ni. Bukan sekor dua ekor hokayy.. Banyak kot buaya yang berendam kat situ, beratus jugak la rasanya. Tambah-tambah jambatan tu jambatan kayu, bergoyang-goyang pulak tu, heyyy.. Maunya reban, gigih la korang menepis serangan buaya-buaya tu (kalau sempat la). Ishhh.. Mengarut!

Ada kedai cenderamata kat sini, FM, keychain, boneka, t-shirt, barang perhiasan, semua bertemakan buaya.. Ada juga diaorang jual crocodile fresh meat kat sini, sekilo RM38.80.. Banyak bangsa cina yang beli, diaorang cakap baik untuk kesihatan.

Info Taman Buaya
Waktu Operasi: Setiap hari jam 9am-6pm
Telefon No.: +604-9592559

Wednesday, September 10, 2014

Langkawi Trip 3 - Makam Mahsuri (Mahsuri's Tomb)

Assalamualaikum..

Hello guys! Semoga korang ceria menghadapi hari-hari yang indah dan damai ini.. *ayat penyedap hati*

Oklah, actually today i would like to continue cerita yang sebelum ni.. Hari pertama sampai Langkawi, kami takda buat apa-apa, sebab sampai homestay pun dah agak-agak Maghrib, so kami rehat-rehat, sembang-sembang dan gosip-gosip (part ni untuk para mak-mak je eh).. Setelah membelek-belek peta kiri kanan atas bawah, kami decide nak ke Makam Mahsuri dulu memandangkan tempat tu lah yang paling dekat.

Next day morning, semua bangun awal.. Semangat nak jalan, bukan apa, terutama budak-budak. Lepas sarapan apa yang patut (roti sapu planta je pun), kami bertolak ke Makam Mahsuri, perjalanan ke sana dari homestay kami lebih kurang 15 minit, ikut jalan kampung. Jangan risau, signboard ada je kalau korang tak tau jalan, tapi kami pakai google maps.. Hahah. Takut sesat.. Padahal sesat jugak, sesat kat mana? Nanti saya cerita di bahagian yang seterusnya.. :-)))

Tempat ni senang nak cari, kalau korang nampak banyak kereta parking kat luar tu, korang jangan ikut parking luar pulak. Masuk dalam pintu gerbang cari parking, kalau takda baru keluar. Sebab jauh jugak nak menapak dari luar sampai ke dalam. Kebanyakkan yang parking kat luar tu bas persiaran ngan tour van, kereta pun banyak. Lagi satu, parking luar ke dalam ke sama je, tak kena bayar tiket parking pun.

Tiket masuk ke Makam Mahsuri untuk dewasa RM7, dan kanak-kanak pulak RM3.50. Kawasan makam mahsuri ni besar dan luas, macam-macam ada kat dalam tu. Dekat 3 jam (yeke 3 jam?) jugak lah kami pusing-pusing kat kawasan ni. Sebelum kita layan gambar, nak cerita sikit pasal Makam Mahsuri.

Ciluk dari Wikipedia.

"Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercaya di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut."


Sepanjang jalan nak ke tempat letak kereta.


Wajib bergambar kat sini.. Hiksss!


Kolam bersebelah dengan entrance, cantik sangat!


Batu tanda Kota Mahsuri.


Rasanya ini gambar waris keturunan Mahsuri si Wan Aishah tu kot..


Ok, nak refresh balik sejarah Mahsuri waktu belajar kat sekolah dulu.. Rasanya semua orang tau yang Mahsuri dihukum bunuh kerana difitnah melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Hukuman dijalankan di Padang Matsirat yang mana Mahsuri telah diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Tapi, menurut sejarah tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri sampailah Mahsuri sendiri yang beritahu kalau dia hanya boleh ditikam dengan keris sakti. Walaupun begitu, Mahsuri tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi dan bersumpah yang pulau Langkawi ini tidak akan tenteram dan permai selama tujuh keturunan.. Macam tu lah ceritanya.. Ok murid-murid, kita layan gambar pulak eh..


Ada banyak muzium kat dalam ni, dan ini salah satunya. Ada satu muzium yang tak dibenarnya amik gambar, ntah apa nama muzium tu tak ingat. 


Oh, lupa nak bagitahu, sebelum masuk ke ruangan ni, ada satu section tempat orang main gamelan.


Taman-taman kat sini agak cantik.


Ini makam Mahsuri. Time ni ramai orang Siam bawa pisang bersikat-sikat datang berdoa kat sini. Untuk apa pisang tu saya pun tak pasti.


Replika lembing. 
Sebenarnya setiap replika ada penerangannya masing-masing, korang boleh pegi dan baca sendiri la eh. Banyak sangat tak boleh nak letak semua kat sini. :-)))


Tengah sibuk snap gambar sana sini, tiba-tiba ternampak si kecik ni. Anak helang, comel kan??


Perkampungan Kedah. 
Kat dalam ni ada banyak contoh rumah orang-orang penting zaman lagenda dulu, rumah sri merong, rumah sri tama, rumah penghulu, rumah Mahsuri dan macam-macam rumah lagi.


Jom main Teng Teng!


Congkak ni besar giler.. Nak main, tapi batu tak cukup.. :-((


Suka tengok rumah kampung, tenang dan damai je.


Baju zaman dulu yang dipamerkan di salah satu muzium. Muzium ni kalau tak salah terletak di rumah penghulu.


Barang-barang arkeologi.



Sebenarnya saya pun tak tau apa benda Pengetuk Tikus tu, adakah ia sejenis perangkap tikus? Hmm..
Patutnya diaorang kena letak penerangan sikit, biar clear.


Ni satu lagi, ntah apa namanya.. Macam Xylophone pun ada jugak..


Yang ni semua barang-barang untuk memproses padi.


Ini lah rumah Mahsuri.. Tak masuk pun, bergambar dari luar je. Ramai sangat orang kat dalam tu.


Ini sawah padi. Orang cakap dulu sistem aliran air kat sawah ni tak pernah kering.


Telaga Mahsuri, masih ada air lagi.


Diaorang ada jual air telaga mahsuri yang telah diproses, harganya RM2. Orang cakap air ni boleh 'bersihkan' badan dari benda-benda kotor dan buat badan jadi segar. Orang la yang cakap, bukan saya cakap tau.


Ini airnya, saja nak cuba rasa air tu macam mana, mana tau kot-kot ada rasa stoberi ke. Heheh.. Dahhh, jangan nak mengarut.


Mesti cuba, tak pernah nampak lagi benda ni kat Penang.


Kuih ni apa nama eh? Kuih karas? Berkenan sangat kat makcik ni, cantik.. Kuih tu pun boleh sedap, ayah beli sampai berpaket-paket.


Ini la coconut ice cream tu.. Giler sedap kot! Harus beli hokay, jangan lalu je..


Nangka ke cempedak ni?? Ntahla, tapi buah dia mak aii, montok-montok kot.


Kalau datang tengah hari, jangan lepak sini, panas membahang. Tapi port ni memang ok buat bersantai merehatkan kaki yang penat berjalan.

Alamat:
Kota Mahsuri
Kampung Mawat,
Ulu Melaka, Langkawi,
07000 Kedah,
Malaysia.

Waktu Beroperasi:
Jumaat - Ahad : 8.30pg - 6.30ptg
Isnin - Khamis : 8.30pg - 6.00ptg

Telefon No.: +604-9556055