Pernah dengar Gimbop? Gim merujuk kepada kepingan rumpai laut kering dan Bop dalam bahasa korea bermaksud nasi.
Hehe.. Gimbop ni sejenis makanan popular di korea. Rupa dia ala-ala Japanese maki atau sushi roll, tapi rasa dia tak berapa nak sama dan Gimbop ni sesuai untuk orang yang teringin nak makan sushi tapi tak mau yang mentah. Faham?
Ok lah, nak explain sikit. Gimbop ni dibuat daripada nasi, sayur, telur dan daging yang dipotong memanjang yang dibalut dengan rumpai laut kering. Haaa.. Sama kan macam Japanese sushi? Yup, memang sama tapi tetap lain, nak tau apa beza dia?
Japanese Sushi Roll vs Korean Style Gimbop
1. Yang paling utama ialah berkaitan bahan atau orang putih kata ingredient. Bahan-bahan yang digunakan dalam Japanese Sushi lebih sedikit berbanding Korean Gimbop. Contohnya, Japanese Sushi Roll selalunya cuma ada tuna atau salmon dan sayur pun cuma carrot dengan timun je. Tapi bahan yang digunakan dalam Korean Gimbop lebih banyak dan bervariasi.
2. Japanese Sushi menggunakan ikan mentah (sashimi), berlainan dengan Korean Gimbop yang mana ia tidak mengandungi ikan mentah dan semua bahan akan dimasak terlebih dahulu.
3. Akhir sekali, Japanese Sushi selalunya akan dicelup ke dalam wasabi sementara Korean Gimbop lebih kepada minyak bijan.
Teringin nak buat Gimbop? Ikut je resipi kat bawah ni.
Gim-Bop |
Gim-Bop
Korean Style Sushi Roll ( 김밥 )
Bahan:
1 ikat bayam (di stim)
2 biji lobak merah dipotong nipis memanjang
1 biji lobak putih dipotong nipis memanjang
2 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 keping ham ayam digoreng dan dipotong nipis memanjang
1 biji telur digoreng seperti omelet dan dipotong nipis memanjang
3 cawan nasi (Japanese Rice)
1 sudu besar biji bijan
2 sudu kecil minyak bijan
1 bungkus rumpai laut kering
Cara:
1. Goreng lobak merah dengan sedikit garam dan lada.
2. Gaulkan lobak putih dengan cuka dan gula.
3. Gaulkan nasi dengan biji bijan dan minyak bijan.
4. Letakan nasi diatas kepingan rumpai laut kering, letak 2 helai bayam, 1 keping lobak merah, 1 keping ham ayam, 1 keping telur dan 1 keping lobak putih ke atas nasi. Gulung dengan ketat. Gunakan nasi untuk lekatkan rumpai laut supaya tidak terbuka.
5. Letakan sedikit minyak bijan diatas tangan dan sapukan di atas gulungan yang telah siap.
6. Sapukan sedikit minyak bijan pada pisau bila nak potong.
Selamat mencuba! ^____^
No comments:
Post a Comment