Friday, March 18, 2011

Tambang ke Bali, Indonesia

Hola...

Aku nak share something nih.

Beberapa hari yang lepas, kakak ada bagitahu aku, tambang penerbangan pergi balik ke Bali dari Medan, Indonesia Rp. 2,700,000.00 per orang (tak pasti dari syarikat penerbangan mana), kalau ditukarkan ke ringgit agak-agak dalam RM900 lebih jugak la. Apa??? RM900 lebih?? Aduhh.. Tiba-tiba je aku rasa nak demam, mana taknya, tambang je sebulan gaji aku, nanti kalau ke sana, takkan nak siapkan duit tambang je kan. Duit penginapan lagi, makan-makan lagi, ole-ole lagi. Akhh.. Koyak poket aku, hehehe..

Uitt, jangan salah faham pulak, bukan aku yang nak ke Bali, kakak aku yang nak kesana. Inshaallah kalau takda aral melintang tanggal 21 ni dia berangkat la. Niat hati memang nak ikut, tapi.. Faham-faham je la.. Hikhikhik..

Berbalik kepada cerita tambang tadi, tiba-tiba je aku teringin nak tau jarak Bali yang sebenar-benarnya, dan dengan berbekalkan pengetahuan yang terlalu cetek ni, maka dengan rela hati aku pun google la pasal tempat yang namanya Bali nih.

Berdasarkan peta lokasi, baru aku sedar bahawa sesungguhnya Bali itu memang jauh dari Medan dan kedudukannya atas lagi dari Pulau Jawa. Ermmm.. Patut la tambang mahal.

Peta Bali (Zoom out)

Peta Bali (Zoom in)
Aku cuba juga check dengan AirAsia, mungkin ada tambang murah. Tapi ternyata, AirAsia tidak menyediakan perkhidmatan penerbangan dari Medan ke Bali apatah lagi Penang ke Bali. Nasib, nasib..

P/s: Selamat bercuti kakak! Jangan lupa beli ole-ole buat adikmu ni ya.. Hehehe..

No comments:

Post a Comment