Thursday, March 17, 2011

Petua Hilangkan Batuk

Hi semua..

Baru lepas lunch dan sekarang aku curi-curi buka blog. Tengah hari tadi aku sempat makan satu biji karipap, satu biji cekodok dan satu biji ubi kayu goreng. Waaa.. Banyaknya aku makan hari ni, tapi tak apa lah, asalkan perut kenyang itu dah cukup baik. Alhamdulillah...

Tadi ada rakan sekerja aku yang mengadu selsema, kasihan pulak aku tengok dia. Bukan setakat selsema, tapi batuk pun dah mulai kedengaran. Nak buat macam mana, dia pun memang jenis yang antibody lemah sikit. Pantang orang bersin, dia lah orang pertama yang akan terjangkit virus tu. Aku ada suruh dia telan Vitamin C, dia cakap dia dah cuba, tapi tak berkesan. Lepas tu tiba-tiba aku teringat cara kakak aku hilangkan batuk waktu dia demam 3 minggu lepas.

Lemon & Kicap !

Yup, melalui pemerhatian aku, itu la ubat terbaik untuk menghilangkan batuk. Mana taknya, masa kakak aku demam hari tu, satu botol Wood's dia telan tapi batuk macam tu jugak, once dia makan lemon dengan kicap, dalam 2 hari je terus baik. Memang berkesan! Dan tahniah untuk kakak aku, dia memang bijak untuk hal-hal yang macam ni.

Bahan-bahan:
1 biji Lemon
Beberapa titis Kicap Cair Manis

Cara-cara:
Potong lemon kepada 6 bahagian (ikut saiz buah, jangan terlalu besar, nanti tak pasal-pasal berulang alik masuk jamban). Titiskan kicap diatas lemon yang telah dipotong kecil itu, berapa banyak nak titis terpulang pada anda, agak-agak je supaya jangan terlalu masam, tapi jangan terlalu manis pulak, bahaya. Akhir sekali makanlah lemon itu perlahan-lahan, cara makan sama macam anda makan buah oren. jangan gelojoh sangat, dikhuatiri tercekik.

Waktu makan:
3 kali sehari selepas makan.

Sekian, terima kasih. Selamat mencuba!

P/s: Untuk rakan sekerja aku yang batuk-batuk tu, semoga cepat sembuh ya.

1 comment: